KELAPA PARUT
Untuk lebih tahan lama... selama 2 tahun. Belah kelapa dan ambik
sebelah sahaja. Gunakan pada 31 December 2006. Dan sebelah lagi pada 1
Januari 2007. Wah?... tahan sampai 2 tahun kan?... Amazing
GresteQuer! Jangan lupa hujung tahun nie cuba tau...
NASI/LAUK
Biar tahan lebih lama... jangan gunakan jari pasal jari korang ada
bakteria. Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.
BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS
Barangan emas bila dah terlalu banyak dikenakan zakat. Tapi kalau
untuk lebih 'tahan lama'...bayar la zakat untuk barang kemas tu. Kalau
tak, tetiba hilang atau kena curi... padan muka korang... hahaha!
PAKAIAN TAHAN LAMA
Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing
mach... Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach... Jangan
bawa
mandi kat beach. Gantung bila disimpan. Cuci guna air jeram/hujan.
Jan gan bagi pinjam kat kawan! Kalau boleh pakai baju member, baju
sendiri simpan elok-elok.
KERETA
Lepas beli, simpan kat garaj... bungkus elok-elok... jangan bagi angin
masuk... jangan bagi abuk masuk... jangan bagi wap air masuk.
Pagi-pagi
panaskan enjin dan hari-hari lap kereta. Bayar loan bulan-bulan sampai
abis loan... gerenti kereta tahan lama...
KENYANG
Kalau nak tahan lama... sebelum makan baca bismillah dan doa... Akhir
makan... doa dan ucap alhamdullillah. . Jangan jadi macam setan...
UMUR
Umur nak tahan lama?... Jangan Merokok!... Rokok nak tahan lama?...
Jangan Hisap!...
TIDUR
Nak tahan lama tak tidur malam - senang aje jangan tidur.
HUBUNGAN
Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan. .. Jujur dan ikhlas.
KUEH RAYA
Kueh raya kalau nak tahan lama, melantak bebanyak sikit, kalau orang
datang rumah beraya kasi tapaukan dia sekali kueh-kueh raya tu... ini
bermakna tak la membazir... kalau simpan lama sangat nanti kueh jadi
tengik... lepas tu nak kena buang, so... jangan jadi setan... membazir
amalan setan.
PUASA
Gerenti lapar kan, so... kalau nak "tahan lama" bebanyakan beribadat"
jangan asyik nak bercerita pasal baju raya ke... kueh raya ke... atau
pun mengumpat.
KERJA
Kerja kalau nak "tahan lama" jangan asyik nak baca email aje macam
korang... dah tak ada kerja lain ke... kalau BOSS nampak tak
pasal-pasal kena buang kerja.
horizon line
2 days ago