Friday, 11 September 2009

mengapa hanya gadis melayu yang dirasuk

Kes ini berlaku betul di ruang pelajar perempuan membasuh kain.
Berlaku di asrama puteri.Kebanyakan yang terkena rasukan adalah
gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum
cina dan india. Di mana salah nya........
Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.

Kes histeria di sekolah kat BSB......
Misteri di Asrama Puteri terjawap!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan
mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu. Ketika sampai
di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas
membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu.
Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2
pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah
si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu.
Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan
semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu
menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah?
Jawap!!!" Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

"Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK..."


""Aduhai... ..""

A todos los demás, gracias por sus opiniones