Kebarangkalian pintu tak rapat :
1) Getah cermin:
- Masa drive... Time bunyi tu, buka tingkap. Kalau bunyi hilang, maknanya getah cermin dah kureng.
- Taknak tukar? Letak silicon getah untuk tingkap. Ada jual kat kedai accessories or hardware.
- Nak tukar? Harga tengok kereta la. Nak murah? Cari kat kedai potong.
2) Pintu dah "jatuh"
- Tengok dari luar, pintu depan dan belakang. Lurus tak? Tengok dekat pintu punya lining. Kalau tak lurus, buka pintu seluas mungkin. Then goyangkan atas bawah. Kalau ada free play, maknanya door hinges dah kureng. Pergi tukar. Cari kat kedai potong. Kalau kawan2, sepasang boleh dapat dalam RM10. Bukan kawan2 RM50 lebih pun boleh kena.
- Buka pintu dan tengok condition getah pintu samada terkoyak, terlipat, klip patah dan so on.
- Ada koyak? Nak tampal payah la pulak. Beli lain je la.
- Terlipat? Unlipat je getah tu balik.
- Klip patah? Selalu belah depan yang patah ni. Yang belakang jarang. Since belah depan dulu yang face the wind. Buang klip patah tu. Pow klip yang belakang punya. Beli kat kedai accessories pun boleh. Tak sampai seringgit untuk satu klip.
- Kalau dah nazak sangat, pergi laa beli. Kereta boleh beli takkan getah pintu tak boleh kan? Harga berbeza mengikut model kereta. Aku punya dalam RM1200-RM1500 untuk semua pintu dan body kereta sekali. Nak murah? Kedai potong bersepah dalam Malaysia ni. Rajin2 la melawat kedai2 tersebut ok?
Diharap tips2 di atas dapat membantu sesiapa yang mengalami masalah pintu tak rapat ni. Selepas beberapa bulan pintu kereta aku bunyi2, barulah aku tahu yang bunyi tu bukan sebab pintu tak rapat. Tapi bunyi kabel2 dan rod2 dalam door cover pintu tu. Maybe ada yang patah atau longgar. Ada rezeki nanti nak tukar je terus benda2 tu semua satu set. Tapi atas dasar kemanusiaan, aku post tips ni untuk pedoman kita bersama.